TIP FREELANCER: TRANSKRIPTOR #1

TRANSKRIP AUDIO

Ini gajet untuk saya bekerja secara mobil. Saya tidak ada laptop, dan selalunya bekerja di depan pc di rumah.

Apabila perlu bekerja di luar, inilah yang saya bawa untuk kerja-kerja transkrip audio.

Mengapa tak ada laptop? Sebab laptop saya rosak. Insya-Allah, nanti poket dah tebal saya beli laptop yang baru dan ringan.

71378055_10218330395044124_7075368083631636480_o

Oh ya, ada rakan yang bertanya.
Transkrip audio tu buat apa?Juru transkrip audio ini kerjanya menyalin atau memindahkan rakaman suara ke bentuk teks. Ini salah satu kerja ghostwriter/ penulis siluman juga.

Apa gajet atau aksesori yang perlu ada?
1. Pemain audio
Yang ini, gunakan apa-apa aplikasi yang boleh memainkan fail .mp3.

2. Headphone/ earphone
Lebih baik gunakan headphone yang selalunya lebih kedap bunyi luar. Jadi, kita akan lebih fokus mendengar bunyi daripada rakaman yang dimainkan sahaja.

3. Peralatan menulis
Yang ini biasanya laptop, telefon bimbit, pc, tablet dan lain-lain. Di mana yang anda selalu menulis, begitu jugalah peralatan yang digunakan untuk kerja-kerja transkrip.

4. Perisian transkrip
Yang ini, jika ada perisian khusus lebih baik sebab kerja-kerja lebih laju. Contoh perisian yang baik adalah Expres Scribe. Harga lesennya sekitar RM130. Ada juga perisian percuma yang boleh digunakan. Antaranya adalah Transcriber 1.5.1.

5. Foot pedal
Ini juga, alat bantu untuk melajukan kerja transkrip (untuk pause audio dan sebagainya), tanpa perlu mengalihkan jari dari papan kekunci.

Bagaimana jika saya belum ada item 4 dan 5? Yang itu, tambahan sahaja. Paling utama, anda ada item 1 hingga 3. Juga, telinga yang tajam dan peka untuk mendengar audio.

Luaskan pembacaan juga, bagi memudahkan kita lebih peka dengan perkataan yang disebutkan. Apabila kita biasa dengan macam-macam perkataan, kerja-kerja transkrip juga akan lebih lancar.

Itu sahaja dulu, nanti saya kongsikan lagi. Kita cerita mengenai aplikasi pula.

Mahu belajar lebih lanjut mengenai ghostwriter? Klik di sini.

Sekiranya anda mahu dapatkan servis transkriptor, langsung sahaja ke sini.

#ghostwriter

Advertisement

4 thoughts on “TIP FREELANCER: TRANSKRIPTOR #1

  1. Assalamualaikum..saya nak dapatkan lebih tips dari Puan, untuk tingkatkan motivasi selaku pencatat minit. terasa membebankan sebab minit mesyuarat sangat byk dan mengambil masa yang lama. Mohon pihak Puan kongsikan dimana saya boleh dapatkan peralatan foot pedal, etc. yang puan guna untuk membuat transkrip.

    Like

    1. Waalaikumsalam. Buat masa ini saya masih mencari foot pedal, sebab kebanyakannya dijual dari luar negara. Yang di Malaysia, banyak jumpa untuk mesin jahit sahaja. Haha. Yang jumpa, tak compatible pula dengan PC saya. Nanti saya kongsikan pautannya.

      Mungkin puan boleh manfaatkan juga aplikasi speech-to-text bagi melajukan kerja mentranskrip.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s