
TA Resources memahami bahawa anda mengalami kesulitan dan tidak cukup masa untuk menguruskan maklumat daripada rakaman yang diambil atau dibuat. Atas sebab itu, kami menyediakan servis transkrip audio dan video dalam Bahasa Melayu.
Terdapat 3 pakej disediakan.
Skrol ke bawah dan teruskan membaca untuk melihat pilihan pakej.
Hubungi kami sekarang jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut.

Pakej Wadi: Transkrip
- Servis transkrip audio atau video, mengikut perkataan yang disebutkan (termasuk semua kata pengisi, bunyi latar).
- Skrip akan disediakan dalam format Microsoft Words.

Pakej Sil: Transkrip & Sunting
- Servis transkrip audio atau video, mengikut perkataan yang disebutkan.
- Skrip akan disunting – filler, perkataan berulang, false start, konten tidak berkaitan dikeluarkan.
- Skrip akan disediakan dalam format Microsoft Words.

Pakej Lahan : Transkrip & Murnikan
- Servis transkrip audio atau video, mengikut perkataan yang disebutkan.
- Filler, bunyi latar dan bahasa pasar akan dibersihkan daripada transkrip.
- Selain itu, manuskrip juga akan disunting supaya ada laras bahasa buku.
- Skrip akan disediakan dalam format Microsoft Words.
Langkah-langkah mendapatkan servis TA Resources
1. Hantar rakaman melalui borang yang disediakan di bawah untuk penilaian pihak kami.
2. Sekiranya tiada isu berkaitan rakaman yang dihantar, sebut harga akan diberi melalui emel dalam masa 24-48 jam.
3. Bayar deposit (50%).
4. Terima fail skrip dan buat baki bayaran.
5. Urusan tamat.
BORANG PENGHANTARAN RAKAMAN (AUDIO/VIDEO)
Sebagai wartawan untuk Meja Rencana, saya menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan banyak tugasan dalam tempoh yang segera.
Ali Imran, Wartawan, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Banyak masa dihabiskan untuk membuat transkrip temu bual. Ada masanya sehari suntuk dihabiskan untuk buat transkrip sahaja.
Dengan menggunakan perkhidmatan transkriptor, saya dapat meningkatkan kecekapan kerja. Otak saya lebih fokus membuat analisa, mencipta jalan penulisan yang efisyen dan yang paling penting – hati saya gembira!
Tugas pentranskrip mengalih audio kepada teks bukan hanya setakat menyalin semula.
Hafiz Latiff, Penggiat Industri Kandungan & Aktivis Buku
Apa yang lebih utama, bagaimana seorang pentranskrip mampu menjadi ‘pendengar yang setia’ seterusnya menyalin kata-kata dan menzahirkannya dalam ayat yang lebih tersusun serta teratur? Menjawab persoalan ini, itulah kelebihan yang ada pada Rahmah Mokhtar dan pasukan TA Resources.
Banyak sesi bual bicara yang saya kendalikan, kadang-kadang perbualannya mencapah di sana sini. Maka, pentranskrip yang bagus mampu menyalin dan membantu saya menyusun semula diskusi tersebut menjadi teks yang dapat digunapakai dalam medium lain pula.