Tahukah anda? Purata 4-5 jam diperlukan untuk mentranskrip audio 1 jam. 4 faktor mempengaruhi proses mentranskrip audio/video Sebetulnya berapa lama masa yang diperlukan untuk mentranskrip sesebuah audio/ video? Secara purata, empat hingga lima jam diperlukan untuk menyalin semula konten rakaman ke bentuk teks. Ini merangkumi rakaman daripada pelbagai kualiti dan situasi. Selain faktor kecekapan transkriptor … Continue reading TIP FREELANCER: TRANSKRIPTOR #3
Category: Uncategorized
Biblioterapi
Menyertai Bengkel Asas Biblioterapi, saya faham beberapa perkara : 1. Biblioterapi adalah terapi kendiri yang dilakukan oleh individu sebagai cara untuk menyelesaikan isu yang dihadapi dengan cara membaca buku. (Biblioterapi = buku + terapi) 2. Buku yang dipilih menawarkan solusi yang bersesuaian dengan situasi yang dihadapi. 3. Tidak semestinya penyelesaian itu hanya wujud dalam naskhah … Continue reading Biblioterapi
TIP FREELANCER: TRANSKRIPTOR #2
Selepas saya berkongsi mengenai servis transkriptor, ada rakan bertanya. Transkriptor ni kerja ghostwiter ke? Bagaimana kerja-kerja transkrip ini dibuat? Maka, saya berkongsi di sini. Benar. Salah satu khidmat yang boleh dilakukan oleh penulis siluman adalah menjadi transkriptor. Bahkan, ia antara cara yang paling mudah dan pilihan yang baik untuk bermula sebelum kita menjadi lebih yakin … Continue reading TIP FREELANCER: TRANSKRIPTOR #2
TIP FREELANCER: TRANSKRIPTOR #1
TRANSKRIP AUDIO Ini gajet untuk saya bekerja secara mobil. Saya tidak ada laptop, dan selalunya bekerja di depan pc di rumah. Apabila perlu bekerja di luar, inilah yang saya bawa untuk kerja-kerja transkrip audio. Mengapa tak ada laptop? Sebab laptop saya rosak. Insya-Allah, nanti poket dah tebal saya beli laptop yang baru dan ringan. Oh … Continue reading TIP FREELANCER: TRANSKRIPTOR #1
Penjelajah Grand Slam Termuda – Marin Minamiya #4
Menunaikan Janji Harinya sudah tiba. Waktu untuk Marin melunaskan impiannya mendaki Everest akhirnya sampai. Pada hari yang dijanjikan, dia terbang ke Nepal dan bertemu rakan-rakan yang bakal menjadi temannya mendaki nanti. 14 rakan baru, yang semuanya baru ditemui kali pertama di Kathmandu. Bersama 14 orang ini, mereka sama-sama berjuang selama 60 hari di Everest. 14 … Continue reading Penjelajah Grand Slam Termuda – Marin Minamiya #4
Penjelajah Grand Slam Termuda – Marin Minamiya #3
Bangkit Semula Dalam mana-mana episod hidup, akan ada fasa jatuh dan bangun. Selepas tersungkur, hero akan bangkit lagi. Tak kisahlah dengan kudrat sendiri mahupun bantuan orang lain. Mengikut teori The Hero's Journey, sang hero bangkit lagi dan kali ini menjadi lebih gagah. Mengapa? Sebab dia tidak hanya bangun secara fizikal, bahkan spritual juga. Dan sebab … Continue reading Penjelajah Grand Slam Termuda – Marin Minamiya #3
Penjelajah Grand Slam Termuda – Marin Minamiya
Marin Minamiya berjaya sampai ke puncak Gunung Everest pada usia 19 tahun. Semasa 20 tahun, namanya tercatat dalam Guinnes World Record sebagai penjelajah paling muda yang melengkapkan misi Explorers Grand Slam. Bergelar Penjelajah Grand Slam adalah impian para pengembara dan pendaki. Bagi mendapatkannya, mereka perlu mendaki gunung tertinggi dalam tujuh benua yang digelar The Seven … Continue reading Penjelajah Grand Slam Termuda – Marin Minamiya
Penjelajah Grand Slam Termuda – Marin Minamiya #2
Ada Pintu Yang Terbuka Belumpun nampak penyelesaian soal kewangannya, situasi menyebalkan semakin menumpuk. Seperti salju yang menumpuk dan membentuk glasier, Marin berhadapan dengan tumpukan kata-kata negatif yang tujuannya tidak lain, melemahkan semangat seorang perempuan. Sangat ramai yang memberitahunya, dia tidak akan mampu melakukannya. Budak mentah 17 tahun nak daki Gunung Everest? Mengarut, sangat mengarut dan … Continue reading Penjelajah Grand Slam Termuda – Marin Minamiya #2
Kutip Pengalaman Mahal
03 Ogos 2019. Hari yang penuh pengalaman baru. Juga, jumpa ramai orang baik-baik. Awal pagi, sudah bertolak ke RTM. Menemani mentor untuk slot Bedah Buku di Selamat Pagi Malaysia. Semestinya untuk buku Nota Perempuan Backpacker. Naskhah yang sedap dibaca, banyak cerita yang mengingatkan soal bersyukur dan sedar diri. Paling tidak dilupakan ayat ini, "Kita selalu … Continue reading Kutip Pengalaman Mahal
Jatuh Cinta Pada Freewrite
Ebook. Akan datang. 2 format, epub dan pdf.