Hai.
Saya Rahmah.
Saya ada banyak topi.
Penulis,
Pentranskrip,
Editor,
dan Penterjemah.
–
Dalam dunia buku, saya bergerak dengan nama pena Rahmah Mokhtar (sebagai penulis dan editor).
Untuk penterjemah dan pentranskrip, saya gunakan nama Siti Rahmah Mokhtaruddin.
1. Penulis
Setakat ini sudah menulis 14 buku dan ebook, beberapa cerpen dalam antologi, skrip komik, anekdot serta artikel offline dan online.
Menulis dalam pelbagai genre – anekdot kerjaya, cerpen dewasa, novel remaja, buku bergambar kanak-kanak. Antara judul yang sudah terbit ialah Awas! Jurutera di Hadapan, Jodoh Berdua, Aku Terima Cintanya dan set Ebook Teknik Menulis Cerpen.
2. Pentranskrip
Menubuhkan TA Resources, syarikat penyedia konten yang menjadikan transkripsi sebagai cabang utama servis.
Terkini, sudah mentranskrip lebih daripada 60 audio/video rakaman temu bual, webinar serta menyediakan sari kata video YouTube dan klip Instagram.
Boleh ke transkripasia.com untuk tahu lanjut.
3. Editor
Penyunting buku dan ebook untuk Kasi Terbit, Nuun Creative Books dan karya terbit sendiri (self-publish).
Antaranya, Backpack Jejak Avatar di China (Normi Nas), 93 Hari di Mesir (Fadzil Abu Samah), Ummi Oncall Lagi (Dr. Nurul Khairiyah Khairuddin), Kurangkan Cukai Secara Sah (Rezduan Bakar), Mayday: Bila Awan Dirempuh (Anwar Ajid) dan Diari Hartanah 2 (Adlina MN).
4. Penterjemah
Saya masih baharu dalam dunia penterjemahan buku. Sekarang, dalam usaha menyudahkan beberapa judul buku.
Lebih banyak terlibat menterjemah bab tesis dan artikel bagi pasangan bahasa Inggeris ke bahasa Melayu serta bahasa Indonesia ke bahasa Melayu.
5. Pernah menyertai acara perbukuan di luar negara seperti Indonesia International Book Fair, Singapore Writers Festival, dan Jakarta Content Week. Ahli Malaysian Writers Movement (MyMove).
6. Terlibat sebagai penyelaras acara MyBookMove Club di bawah MyBook Festival 20-21 untuk UNESCO KL World Book Capital 2020 (KL BACA), kru Perhimpunan 1000 Penulis, dan Perkampungan Penulis.
7. Belajar beberapa bahasa – bahasa Melayu, Inggeris, Arab, Mandarin, Turki. Namun, semuanya setakat asas sahaja kecuali bahasa Melayu dan Inggeris.
8. Pengembara (newbie) – Setakat ni baru pernah sampai ke Indonesia, Singapura, Thailand, dan Korea. Malaysia pun belum habis pusing. Perlahan-lahan, insya-Allah.
***
Salam hormat, salam kenal.
Terima kasih kerana sudah sudi datang ke sini.
.
Bagi sebarang pertanyaan mengenai servis TA Resources atau apa-apa urusan rasmi, mohon kirimkan e-mel ke transkripasia[at]gmail[dot]com
.
Terima kasih!
–
