Anda freelancer? Atau tiba-tiba perlu siapkan kerja pejabat dari rumah? Tak kisahlah freelancer ataupun bukan, asalkan ada keperluan untuk bekerja dari rumah, duduk berlama-lama menghadap laptop atau monitor, post ini untuk anda.
Apabila perlu Work From Home (WFH), salah satu hal yang kita perlu siapkan ialah tempat kerja. Jika sebelumnya boleh bekerja sahaja di meja makan, situasinya jadi berbeza apabila perlu berada di rumah sepanjang hari dan bekerja.
Sebelum cerita panjang, kita tengok dahulu takrifan ergonomik. Ergonomik ialah sains berkaitan persekitaran tempat kerja supaya sesuai dengan keperluan pekerjaan.
Ini pula tafsiran ergonomik menurut Kamus Dewan; kajian tentang hubungan antara pekerja dgn persekitaran tempat kerja, spt aspek-aspek kejenteraan, peralatan, dan keadaan kerja.
Maka, menyediakan ruang yang kondusif untuk bekerja merupakan keperluan. Berada dalam keadaan selesa termasuk dalam memberi kebahagian dan kebaikan untuk diri sendiri. Sebab badan ini, kita nak pakai lama. Memelihara kesihatan badan akan memberi kesan kepada fikiran, dan begitulah sebaliknya.
Tak kisahlah freelancer ataupun bukan, asalkan ada keperluan untuk bekerja dari rumah, duduk berlama-lama menghadap laptop atau monitor, post ini untuk anda.
Perkara pertama yang saya sediakan, meja kerja. Mahu yang sedap, selalu bajetnya juga sedap. Kita pilih yang sedap ikut saiz poket sendiri. Jangan lupa, sesuaikan dengan keadaan rumah juga. Jika tak ada ruang besar, kenalah pertimbangkan jika mahu tambah perabot. Jika begini, manfaatkan ruang sedia ada dengan menambah gajet kategori boleh lipat, mudah disimpan dan tidak makan ruang seperti Foldable Table dalam gambar ini:

Boleh dapatkan di https://shp.ee/jes8gs6
Oh ya, Foldable Table tu boleh juga digunakan waktu ajar anak mengaji. Jika nak bekerja atas katil pun okey. Kaki meja tu ada getah. Jadi, ia tak mudah melorot dan tak rosakkan tilam. Saya suka fitur tempat letak gajet itu. Ia sangat berfungsi untuk mengelakkan anak daripada tengok skrin dekat-dekat. Bercakap pasal skrin, cermin mata anti blue light ini membantu dalam melindungi mata anak-anak daripada sinaran lampu biru daripada gajet atau komputer. Ada versi untuk dewasa juga. Boleh tengok lanjut di https://shp.ee/bjegx8c
Berbalik kepada meja kerja tadi. Rumah saya ada ruang untuk tambah meja lain, maka saya beli juga meja boleh laras dan beroda untuk keperluan kerja. Bukannya suka meja kecil, saya ini sejenis yang suka berpindah-pindah tempat dan mahu meja kerja yang tinggi. Apabila tetiba perlu buat perkongsian live, saya boleh bawa meja ke tempat yang ada latar presentable atau bahagian dinding yang dipasang tapestry. Ha, jangan tak tahu tapestry ini sangat berguna untuk sorokkan background yang tidak sedap mata memandang atau tidak sesuai apabila anda nak buat sesi live di media sosial, masuk kelas online, dan sebagainya.
Saya suka design tapestry di sini https://shp.ee/e4wkg7n. Cantik-cantik semuanya.

Seller ni, dia bekalkan sekali penggantung. Tapi jika tak pandai bertukang sendiri, cari sahaja wall pin yang jenis melekat kuat tu. Alhamdulillah, setakat ni saya pasang okey.
Satu lagi perkara penting waktu nak setup tempat kerja, kerusi. Kerusi kena sedap, baru seronok nak hadap kerja berjam-jam tanpa rasa azab. Ya, postur duduk sangat penting apabila kita terpaksa duduk lama menyudahkan kerja. Ada yang cadangkan supaya bangun dan berjalan sekejap (ke pantri, ke tandas, etc) dan buat senaman ringan berselang 40 minit, sekalipun anda sudah ada kerusi yang ergonomik.

Boleh lihat-lihat di https://shp.ee/42gnt6u
Cari meja belajar untuk anak? Atau untuk diri sendiri? Boleh belaka.
Tempat kerja kita, kita yang buat dia.