Cinta Baharu Si Peminum Kopi

Suka minum kopi? Ia minuman kegemaran saya. Penulis dan kopi, jarang dapat dipisahkan.

Mudahnya, kalau tak minum kopi boleh sakit kepala. Ha, gitu. Punyalah dahsyat tahapnya tu.

Memandangkan nikmat mengopi di kedai sudah tertahan, maka kita bertahan dengan menyediakan sendiri minuman berkafein ini di rumah.

Mahu panas atau sejuk, ikut selesa sendirilah. Pilihan saya, tentulah kopi panas. Baik kopi O, mahupun Nescafe susu. Mahu cari yang sejuk, kita tunggu apabila sudah boleh dine-in. Kahkah

Namun, ada satu hal yang menghalang nikmat nan indah ini. Yakni apabila terlupa minum sehinggalah air yang seharusnya lazat di tekak sewaktu masih suam-suam itu terbiar sejuk pada suatu sudut meja kerja. Masa ini, kecewa teruk!

Hampeh dot com!

Dah satu kerja nak panaskan semula. Jika tambah air panas, nanti kurang ummmph. Selepas panaskan guna oven, kita tunggu air sedikit suam dan kejadian di atas berulang lagi, lagi dan lagi.

Akhirnya, cecair hitam yang diharapkan menjadi penyegar rasa, dibiarkan mengalir lesu di sinki saja. Kantuk yang mahu diusir pergi, tanpa segan kembali meniti.

Saya tak pasti orang lain ada situasi yang sama ataupun tidak, tetapi saya selalu mendepaninya.

Maka, apabila ternampak set cawan seramik berserta pemanas pintar ini, saya bersorak gembira. Daku masih ada harapan! Ya Tuhan, terima kasih kepada penciptanya yang genius.

Tanpa fikir panjang, saya terus sambar satu set untuk diri sendiri di https://shp.ee/emkhbvd

Jatuh cinta! Sungguh, ini nikmat buat pencinta kopi panas macam saya.

Sebelum hebahkan kepada orang, kenalah test dulu. Sudah cuba, baru rekomen kepada kawan-kawan.Bayangkan, lepas satu jam pun air kopi masih berada pada suhu sedap diminum! Suhu maksimum pemanas ni 55 darjah Celcius, elok sangatlah. Ya Tuhan, nikmat yang mana lagi harus aku dustakan?

Siap spatula, yang ini sesuai jika kita buat minuman bersusu. Boleh kacau sebelum minum. Nice.

Cerita lanjut, saya sertakan pada caption gambar.

Lampu biru!

Nampak tak, saya letak pemanas ini di sudut meja kerja. Tempat yang siku tak berlebih-lebihan nak buat aksi tersenggol bagai.

Di sudut = tak ambil banyak ruang.

Oh ya, kotaknya agak lembut. Jadi, ia datang dalam kotak yang kemek sana sini. Jika mahu jadikan hadiah, kena fikir baik-baik. Fikir banyak kali.
Oh ya, plug pemanas jenis begini. Pastikan ada soket tambahan yang sesuai. Universal adapter. Tak dapat travel, kita manfaatkan adapter ini untuk gajet di rumah.

Mudah sahaja nak guna. Pemanasnya pula akan mula berfungsi sendiri apabila ada beban diletakkan di atasnya.

Saya suka fitur ini. Pemanas pintar, katanya. Tak adalah situasi pemanas overheat apabila kita terlupa tutup suis selepas guna.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s