TIP FREELANCER : TRANSKRIPTOR #6

Pentranskrip: Bagaimana mahu bermula?

Terus-terang, waktu jumpa pekerjaan ini saya tidak berhenti berfikir.

Mengapa banyak bahan rujukan dalam BI dan bahasa Indonesia sahaja? Orang Malaysia tak buat ke? Kenapa tak banyak yang kongsi pasal pekerjaan ini?

Disebabkan itu, saya baca sebanyak mungkin maklumat yang ditemukan dan berlatih lagi, lagi dan lagi.

Atas sebab yang sama, saya mulakan perkongsian. Baik di blog mahupun media sosial. Sebab saya mahu lebih ramai yang tahu mengenai dunia transkripsi dan menjumpakan rujukan untuk melakukannya dalam bahasa Melayu.

Jadi, bagaimana mahu bermula? Jika tak pernah ada pengalaman, macam mana nak yakinkan orang lain yang saya boleh buat kerja ini?

Caranya, sediakan portfolio.

  1. Cari video pendek di YouTube (kurang 5 minit).
  2. Dengar sampai habis bagi memahamkan konten video secara sepintas lalu.
  3. Mula mentranskrip, perkataan demi perkataan.
  4. Dengar lagi sambil semak transkrip. (Minimum 2 kali)
  5. Betulkan setting format (font: saiz dan jenis, pilihan bahasa, warna huruf, alignment). Masukkan juga link video dalam dokumen teks.
  6. Baca pruf (baca kuat, mulakan dari perenggan/halaman akhir supaya lebih nampak jika ada kesilapan ejaan.)
  7. Muatnaik fail di Google Drive. Simpan sebagai portfolio/ sampel karya.

PENTING:

  • Rekod masa yang anda ambil untuk membuat transkrip bagi panjang audio/video berkenaan.

    Dari sini, anda akan tahu anggaran TAT (turn around time) apabila bakal klien bertanya.
  • Perhatikan panjang manuskrip/transkrip yang diperoleh daripada sela video yang dipilih.

    Dari sini juga, anda dapat beri anggaran sekiranya bakal klien bertanya untuk kerja-kerja seterusnya yang memerlukan kiraan mengikut jumlah perkataan/halaman (terjemahan, suntingan, dll).
  • Daripada kedua-dua info ini, anda boleh letak anggaran caj upah bagi kerja mentranskrip yang akan dibuat.

Nampak jalan?
Sanggup atau tidak?
Jika ya, dan anda cukup sabar untuk melakukannya, maka mulakan dan jalan terus.


Membantu? Kongsikan juga post ini supaya rakan lain yang mencari jalan mendapat manfaatnya.


Tuan mencari pentranskrip?
Saya boleh dihubungi dengan mengklik pautan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s