Sekolah Penulisan Ramadan: Mencipta Punchline Dalam Penulisan

Sesekali kita tepek gambar Lee Min Ho, sebelum saya penuhkan page saya ini dengan gambar Kim Dong Wook dan inti drama Find Me In Your Memory.

Lee Min Ho memegang watak sebagai Maharaja Empayar Corea (Lee Gon) yang juga ahli matematik dalam drama The King: Eternal Monarch.

Saya seronok nak menyelongkar teori dalam drama ni, teruja cari nombor Euler, MSD (most significant digit), macam-macamlah.

Ada yang bertanya, bagaimana mahu menulis karya humor? Menulis babak humor bukan kepakaran saya, tetapi salah satu cara mewujudkan situasi lucu adalah dengan menghadirkan situasi tidak dijangka.

Dalam babak ini, misalnya. Ini ketika Maharaja Lee Gon memberi ucaptama dalam Perhimpunan Ahli Matematik.

Ucapannya bermula serius, siap petik kata-kata Richard Buckminster Fuller (arkitek, inventor), “Apabila penyelesaian sesuatu masalah didapati tidak indah, maka saya tahu jawapan itu salah.”

Selepas itu, Lee Gon berkongsi mengenai tip untuk ahli-ahli matematik dalam negaranya. Perkongsiannya yang pertama, “Keluar dari makmal dan berjalan-jalan….”

Penonton di dalam dewan menjangka dia akan memberitahu bahawa sikap itu akan memberi sesuatu kepada kajian yang dibuat, tetapi akhirnya mereka ketawa apabila Lee Gon menyambung, “… kerana makmal anda perlu dibersihkan.”

Ini antara kejutan dan disesuaikan dengan khalayak penontonnya. Ya, tip kedua ialah sesuaikan jenis humor dengan khalayak pembaca sasaran.

Tip ketiga, elakkan menggunakan body shaming atau lawak menggelikan (kentut, dan kategori yang sewaktu dengannya) kerana ia tidak humor. Bahkan membuatkan pembaca rasa jelik.

Jika anda mahu tahu caranya, mari berguru mengenai punchline bersama pengasas kisah Haji Karim Hajah Suri, Tuan Muhammad Fazlaidha di Sekolah Penulisan Ramadan yang akan bermula pada 8 Mei 2020.

Cerita lanjut, klik Sekolah Penulisan Ramadan.

Beruntunglah 1,000 peserta yang sudah mendaftar. Buat yang belum, pintu peluang masih terbuka.

Kepada yang bertanya, tidak ada kuliah secara live (risikonya sangat tinggi). Semua kuliah berbentuk rakaman dan anda boleh masuk kelas dan belajar mengikut kesesuaian masa sendiri.

Lebih menarik, anda akan mendapat akses untuk ulangkaji video selama 11 bulan, sehingga Ramadan akan datang.

Maklumat lanjut pendaftaran, klik Sekolah Penulisan Ramadan. Acara ini turut disenaraikan sebagai salah satu aktiviti utama untuk Kuala Lumpur Ibu Kota Dunia 2020 #klwbc2020

#thekingeternalmonarch

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s