5 SEBAB ANDA PERLU MENGUPAH GHOSTWRITER UNTUK MENULIS KONTEN

Umumnya, ramai profesional yang tidak mahir menyampaikan idea dalam bentuk tulisan. Walaupun sudah sediakan draf idea, kualiti hasilnya tetap tidak memuaskan. Ada sahaja rasa tidak cukup di sana sini.

Idea yang apabila disampaikan secara bertulis langsung tidak sampai ke hati pembaca, bukankah ia hanya membuang masa dan menjatuhkan kredibiliti anda sendiri?

Di sini saya senaraikan LIMA sebab anda perlu mengupah ghostwriter untuk menulis konten:

1) Jimat Masa

Mengupah ghostwriter dapat menjimatkan sangat banyak masa anda. Apatah lagi jika anda seorang eksekutif, tentulah ada sangat banyak perkara yang menuntut komitmen dan perhatian anda. Banyak tugasan yang menanti untuk difikirkan dan ditumpukan.

Jika anda perlu mengambil 20 minit hanya untuk menulis 100 perkataan dalam emel, bayangkan berapa lama anda perlu untuk menulis 1,000 perkataan artikel blog atau majalah?

Maka, alihkan tanggungjawab menghasilkan konten itu kepada orang yang lebih mahir iaitu ghostwriter. Kemudian, tumpukan fokus anda kepada tugasan-tugasan lain yang menimbun itu.

2) Ghostwriter adalah Penulis Profesional

Menulis adalah kerjaya walaupun banyak syarikat tidak mengupah orang yang khusus untuk kerja-kerja copywrite dan suntingan.

Sebab itu, mengupah ghostwriter membolehkan ‘suara’dan idea anda disampaikan melalui tulisan dengan lebih baik. Bayangkan apabila mereka menjadi orang yang menulis surat rayuan untuk permohonan pinjaman anda?

Atau jika mereka yang menulis surat permohonan anda untuk penempatan latihan, mendapatkan bantuan kewangan, surat sokongan dan sebagainya? Tentulah hasilnya tidak sama.

Begitu juga, apabila anda mahu meningkatkan kesedaran mengenai produk anda. Serahkan sahaja tugas menulis artikel berkaitan produk atau servis anda kepada mereka. Bukan sahaja satu, anda boleh minta harga pakej untuk banyak artikel terus!

3) Anda Perlu Editor

Sebagai eksekutif, tentulah anda memantau juga prestasi dan hasil pekerja di bawah anda. Ini disebabkan anda mahir dalam apa yang anda buat dan anda tahu apa yang diperlukan dan diinginkan daripada mereka.

Tetapi apabila anda menulis konten yang anda juga tidak mahir, siapa yang akan semak kerja-kerja itu? Siapa yang akan kata hasil akhir anda tidak cukup bagus? Sebab itu ada perkataan yang tidak sesuai atau emosi yang ‘tidak sampai’ apabila dibaca.

Draf yang anda habiskan 24 jam untuk menulisnya itu, perlukan suntingan. Tukar beberapa ayat dan olahan, atau betulkan typo di sana sini. Boleh jadi juga ada istilah yang tidak sesuai dengan maksud yang perlu dikeluarkan. Atau ada idea yang terputus, tiada kesinambungan atau tidak lancar alirannya antara perenggan.

Tak ada masalah. Sepertimana anda mahir membetulkan kerja anak buah, begitu jugalah yang anda perlu dengan draf anda supaya ia menjadi konten yang sedap dibaca.

4) Cepatkan Kerja

Ceritanya mudah. Daripada anda habiskan sangat banyak masa untuk tulis dan menerbitkan satu post atau artikel berkualiti, mengupah ghostwriter akan mempercepatkan proses ini.

Sebagai ketua, tugas anda menguruskan syarikat dan seorang ghostwriter peranannya adalah menulis.

Disebabkan ia bukan kerja yang termasuk dalam kategori segera, maka hal penulisan konten ini selalu diletakkan paling hujung dalam jadual seorang profesional atau eksekutif.

Walaupun diletakkan di hujung jadual, tugas kecil itu akhirnya mengambil masa yang sangat lama.

Tak kena, kan?

5) Konten Ghostwriter adalah Konten Tulen

Ramai yang fikir, apabila ambil ghostwriter mesti akan ada isu konten tak tulen. Bukan suara sebenar tokohnya. Penyampaiannya tak sama dengan yang anda selalu dengar secara lisan.

Tidak dinafikan, ia boleh berlaku khususnya apabila sesebuah syarikat atau individu kerap menukar penulisnya. Selalunya fan akan boleh teka ada yang tak kena.

Sebaliknya ghostwriter yang bereputasi akan bekerja rapat dengan klien bagi mengenalpasti suara dan gaya mereka, seterusnya menggabungkannya ke dalam tulisan.

Ini adalah cara yang betul untuk melakukannya. Idea seorang ketua/leader dirakam dan ditranskrip, kemudian ghostwriter bertanggungjawab menyampaikan semula idea itu secara jitu dan koheren.

Sepertimana seorang CEO menyerahkan tugasan kepada staf yang pakar dalam bidang tertentu, begitulah juga prinsipnya dengan ghostwriter. Pindahkan tugas itu kepada penulis profesional yang mahir dalam bidang mereka.

Kesimpulan Sebab Anda Perlu Mengupah Ghostwriter untuk Menulis Konten

Apabila sebut ghostwriter ramai yang fikir pasal penulis novel. Tahukah anda ada banyak lagi kategori lain? Banyak kelebihannya dan ramai yang mengupah ghostwriter untuk tugasan lain seperti penulis tetamu untuk pihak ketiga, atau blog jenama.

Boleh juga upah ghostwriter untuk menulis artikel-artikel yang mendidik pengguna, newsletter mahupun post di media sosial (LinkedIn, Facebook, Instagram, dll).

Ramai profesional tidak mahir untuk menyampaikan idea mereka dalam bentuk tulisan tetapi saya percaya itu bukan sesuatu yang perlu dirisaukan. Setiap orang ada kekuatan tersendiri.

Kekuatan mereka adalah memacu bisnes dalam pasaran atau membangunkan produk, maka teruskan sahaja fokus ke situ dan serahkan tugas menulis itu kepada pakarnya.

Teruskan mengikuti blog ini untuk perkongsian lain mengenai ghostwriter dan transkriptor.

10 thoughts on “5 SEBAB ANDA PERLU MENGUPAH GHOSTWRITER UNTUK MENULIS KONTEN

Leave a comment